Sunday, November 8, 2009

Kerinduan

Salam.
Sejak akhir-akhir ini umi berkesempatan untuk menziarahi beberapa sahabat yaang akan berangkat menunaikan ibadah haji di Mekah.
Teringat saat-saat umi sendiri menunaikan haji pada tahun 2003. Bagaimana bila kita bulatkan tekad untuk menunaikan tuntutan agama, Allah memudahkan urusan kita. Bermula dengan diizinkan Allah untuk pergi bersama-sama dengan adik beradik. Ayah long,mak long,che nah dan ayah weil. Kemudian Allah izinkan miqdad dan izzah untuk ikut serta di saat akhir.
Kemudahan, dengan tidak disangka-sangka mak cik aya offer untuk jaga mawaddah. Ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terkandung di hati kami....Dan Engkau jualah yang meringankan urusan kami. Pada makcik aya, pak cik khusairi sekeluarga, umi dan baba tak akan lupakan jasa mereka yang telah memudahkan kami untuk menunaikan ibadah haji dengan tenang. Moga Allah mengganjari mereka dengan syurga firdaus di atas keihklasan mereka sekeluarga. Kepada anak-anak umi ingin berpesan, hormati dan kasihilah mereka ini selama hayat mereka.
Di masa yang sama timbul kerinduan dalam hati ini untuk paling tidak menunaikan umrah di kedua tanah suci ini..'umar hari tu pun ada sebut keinginannya untuk melakukan umrah... Mudah-mudahan Allah makbulkan hasrat ini.
Masa umi berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram tempoh hari memang terbayang-bayang betapa seronoknya kalau anak-anak dapat bersama untuk merasai nikmatnya beribadah di kedua tanah suci ini.
Kepada sahabat-sahabat yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini, moga dipermudahkan segala urusan,dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat meyempurnakan ibadah haji serta dikurniakan haji mabrur.
Moga berkesempatan lagi untuk ke sana.

Sunday, November 1, 2009

"Memaknusiakan Manusia"

Salam.
Dua minggu lepas umi hadir Seminar Falsafah Pendidikan Islam di INTIM. Penceramahnnya Dato Siddiq Fadhil. Puas hati dengar penyampaiannya walaupun kita dah faham sebab beliau bukan bercakap teori semata. Dia berkongsi penghayatan dan perjuangannya selama ini. Dalam bidang pendidikan. Kita tahu dia adalah orang yang 'walk his talk'. Bila dengar dia bercakap ,kita rasa tidak keseorangan dalam perjuangan ini. Berjuang untuk mendidik ummah.
Ringkas dan mudah tugasnya boleh disebut "Memaknusiakan Manusia". Kalau bahasa kampungnya mak bapak selalu kata'Ajarlah/didiklah anak saya, macamana caranya pun, asal jadi manusia'. Siapa yang jadi pendidik mesti biasa dengar ucapan ni kan?

"Memaknusiakan manusia".....sekali dengar, pelik bunyinya kan? Tapi itulah sebenarnya tugas pendidik. Tak kiralah guru ke ibu bapa ke atau siapa saja yang faham erti pendidikan Islam. Itulah proses yang nak dilaksanakan dari falsafah pendidikan Islam yang kita pegang.
Bukan senang kan? Kita yang perlu menyediakan diri kita terlebih dahulu. Dari pelbagai sudut.
1 kefahaman
2 amalan
i. untuk diri sendiri sebagai orang yang menghayati dan mendokongnnya.Demi redha
Allah
ii. sebagai qudwah hasanah - penting sebab kesannya lebih melekat di hati.

3. kemahiran untuk memberi faham sehingga boleh dihayati oleh mad'u kita
Macam-macam cara dan kemahiran yang perlu kita guna dan kuasai. kreativiti dan
fleksibiliti mengikut suasana juga penting. Bertindak dengan hikmah juga memberi
memberi kesan berbeza. "HIKMAH ialah barang kepunyaan orang muslim yang hilang.
Siapa yang menjumpainya adalah beruntung"

Jadi kita kena buat dengan kefahaman akan kepentingan dan keperluannya. Then do it with patience and passion. Itulah sebenarnya pendidikan atau tarbiyyah. Untuk melahirkan manusia yang faham fungsi dan peranannya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.

Kalau kita berjaya melakukannya sehingga membentuknya seperti MLM ,inshaallah itulah amal jariah kita, bekal kita , teman kita di kala kita tiada lagi di dunia ini.
Ayuh! kita semua tingkatkan semangat kita untuk terus menjalankan tugas yang mulia ini. Bermula dengan anak-anak di rumah, anak-anak murid/pelajar di sekolah dan siapa saja yang memerlukan khidmat kita. kita ambil tanggung jawab yang mulia ini!

Begitu juga tugas para doktor. Memberi khidmat secara langsung dengan manusia yang memerlukan. Sungguh mulia tugasnya!

Semangat! Semangat! Semangat!

Ikhlaskan diri.....Moga Allah terima 'amal kita semua .amin.

Salam kasih sayang untuk semua pembaca.

Wednesday, October 7, 2009

Dendang perantau


Jauh di mata, Dekat di Hati

Saturday, September 26, 2009

Baulu kukus atau ambong

Salam,

Sehari dua ni umi tengah syok buat baulu kukus(nama by family umi) dan ambong by family baba. Dulu-dulu umi biasa buat. Dah lama tak buat dan resepi tak simpan. Lagilah takleh buat
Tapi bila beraya di rumah mak saudara baba(mak cik soh) yang pakar masak , ada dihidangkan ambong. Apalagi umi terus tanya resepinya. Senang sangat. Bila balik Ipoh, keesokkannya tu terus cuba. Jadi!!! Terus buat lagi satu. Dan malamnya buat lagi satu yang dua adunan. Nak testing ok ke tak kalau kukus dalam kuali sebab periuk kukus umi kecil. Alhamdulillah jadi. Puas semua orang makan ambong setelah lama tak makan. Tetamu yang datang rumah hari tu pun dapat rasa.
Malam ni, selepas hadiri dua kenduri kahwin dan ziarah tiga keluarga serta singgah jap rumah che ini jumpa iman. ehem2 bagi birthday present kat iman. Harap Iman suka. Balik je rumah terus bancuh ambong. Malam ni Allah uji sikit sebab mesin tu agak meragam. Alhamdulillah ragamnya tak lama. Maka siaplah sebiji lagi ambong malam ni pada pukul 11.45 pm.Nak bawa gi rumah ayah lan esok. Tak ingat samada ayah lan suka tak baulu kukus ni. Masak kecik2 dulu tok pun biasa buat. Hopefully it is one of his favourite.
Heerm puas hati hari ni dapat buat perkara yang bermanafaat dan badan tak rasa penat.Syukur pada Allah yang memberikan kesihatan yang baik dan rasa bertenaga sekali.
Saja tulis untuk meriahkan semula blog. Dan share aktiviti hari ni. Sharing is caring! Nak masukkkan gambar tapi tak reti. baba dah ambik dah. kalau boleh masuk kemudian adalah. isk isk sedihnya tak pandai nak masukkan gambar. Nak kena belajar lepas ni. Barulah menarik blog.

Thursday, August 27, 2009

Pohon Apel

Salam semua.
Maaf ya ,tajuk kali ini dalam bahasa indon. sebab cerita pokok apel ni dalam buku yang bangah bawa balik tu.
Pagi Rabu yang lepas muallim zul talipon umi minta bagi tazkeerah dekat anak-anak di surau depan rumahnya lepas asar. Program tersebut ialah Program Pesantren Ramadhan. Yang hadir ialah anak-anak dari umur sekolah rendah hingga 17 tahun. Susah juga tu.
Petang tu juga nak kena bagi tazkeerah tu. "Nak bagi tentang apa muallim" tanya umi pada muallim. Mulai risau sebab short notice tapi perangai umi kalau orang dah tanya rasa takde alasan nak menolak. Mesti cuba. "Bagi pasal 10 muasofat pun takpe.tekan juga hubungan dengan ibu bapa" kata muallim. "oklah" sahut umi. Kebetulan kelas tambahan cuti sekolah untuk UPSR umi dah selesaikan 2 hari lepas. So pagi ni freelah.

Umi pun mulalah cari bahan dan Alhamdulillah jumpalah sedikit syarah tentang 10 muasofat tu. Dan terus teringat cerita pohon apel dalam buku Bunda Maafkanku.Cerita ni berkenaan dengan kasih ibubapa dan pengorbanan mereka. Very nice story-simple analogy tapi tepat. Masa baca cerita tu rasa sangat syahdu.

So masa permulaan ceramah tu lepas buat muqaddimah sikit, umi pun beritahu pada anak-anak tu umi akan hadiahkan satu cerita kalau mereka dapat menumpukan perhatian kepada apa yang umi sampaikan. Terpegun jugalah mereka mendengar cerita tu.
Masa muallim zul mengulas, terbabas pulak, dari pohon apel jadi pohon kelapa. "Yelah" kata muallim. "Orang malaysia ni ingat pokok kelapa jelah" sambil tersenyum.

Sebelum tu umi ucapkan tahniah pada semua peserta kerana telah berjaya menghadirkan diri dalam program pesantren ramadan yang dianjurkan. Ia adalah satu mujahadah buat mereka. Apa taknya ,mungkin anak-anak yang lain tengah sedap tidur atau menonton tv waktu tu. Tapi mereka sanggup duduk di surau dan mendengar pengisian rohani. Alhamdulillah. Moga mereka akan membesar dan menjadi pejuang di jalan Allah.
Mengambil iktibar dari anak-anak ni, jom kita sama-sama kuatkan lagi tekad untuk semarakkan ramadhan. Moga ramadahan kali ini lebih baik dari yang lepas.

Alhamdulillah Allah berikan umi kesihatan yang baik dan rasa bertenaga ramadhan kali ini. Malam ni akan masak untuk anak usrah baba. usrah dan iftar kat rumah. Moga Allah akan terus mengurniakan kesihatan yang baik dan dapat terus melipatgandakan amal di atas jalanNya.
Cerita sebenar Pohon Apel ni umi akan masukkan as next posting. Tunggu yaa.

Thursday, August 13, 2009

Moga Membantu

Salam.

Dua hari lepas, waktu tenghari selepas kelas di sekolah, umi melihat ada 'miss call' di telefon bimbit umi. "Siapa yang menalipon ini?" hati umi berkata-kata kerana nombor itu tiada dalam simpanan umi. Umi pun mencapai telefon dan terus membuat panggilan ke nombor tersebut.
"Assalamualaikum." Umi memberi salam. "Kak Mah , ni S " Pada mulanya umi ingatkan Mak cik S yang pernah mengajar di Hidayah tu.Tapi suaranya bukan begitu.Dalam umi cuba memikirkan siapa sebenarnya S ini, dia meneruskan memperkenalkan dirinya. "Ni S yang Kak Mah jumpa masa beri ceramah di Temoh dulu" MashaAllah! S ini adalah antara peserta yang mendengar ceramah keibubapaan yang umi sampaikan dalam satu program lebih kurang 2 tahun lepas.
"Kak Mah, S ada masalah sikit. S nak tanya pendapat Kak Mah. S ada masalah dengan anak S.Dia tinggal di asrama dan sekarang ni dia ada masalah akhlak. Dia melawan cakap guru dan mempersendakan apa yang disuruh oleh guru" terus S. "Macamana S nak buat?" Rupanya dia ada masalah dengan anaknya. "Berapa umur anak S" tanya umi untuk cuba memahami keadaan. "Dia darjah 6 sekarang. Masa darjah 5 dulu dia baik" sambung S. " S rasa apa puncanya dia jadi begini" tanya umi untuk terus memahami keadaan. "Kawan dialah Kak Mah.Memang kawan dia nakal-nakal dan dia mudah mengikut."
"Kalau pengaruh kawan ni memang susah kecuali kita keluarkan dari sekolah tu" umi menjawab. Cuma bukan sekarang sebab dia pun akan menghabiskan darjah 6. Umi memberikan pandangan berdasarkan kisah-kisah anak bermasalah di sekolah asrama disebabkan oleh pengaruh kawan. Bukan mudah untuk keluar dari "kumpulan begitu" jika masih ditempat yang sama. Mungkin diugut,boikot atau paling tidak akan disusahkan. Ataupun dah terikat sangat sebab sesama mereka ni ,mereka sangat akrab dan saling menjaga satu sama lain.
"Macamana hubungan S dengan dia" umi bertanya. "Dia baik dengan S. Baik sangat.Dia baik kat rumah." sambung S. "Kalau begitu S gunakan kelebebihan ini untuk lebih rapat dengan dia. Nasihati dia secara seorang dengan seorang" ,saran umi pada S. "ooo. S selalu marah dia depan adik-adik.Tak boleh ya Kak Mah? tanya S. "Aah, tak boleh sebab itu akan menjatuhkan maruahnya di depan adik-adik. Dia akan malu dan rasa tercabar. Kalu dia buat baik, ambil kesempatan puji depan adik-adik. Itu akan meyebabkan dia rasa berguna dan dihargai" sambung umi. "Baiklah Kak Mah S akan cuba buat apa yang Kak Mah cadangkan. Terima kasih banyak-banyak. Minta maaf sebab S ganggu Kak Mah" sambung S lagi."Jangan begitu S. S tak menganggu cuma Kak Mah harap apa yang Kak Mah cadangkan itu dapat membantu. Talipon je bila-bila masa S rasa nak bertanya apa-apa" umi cuba meyakinkan S yang umi tak kisah jika dia menalipon umi untuk meminta pandangan. Moga apa yang umi sarankan pada S dapat membantu sedikit sebanyak masalahnya dengan anak lelaki sulungnya. Mudah-mudahan Allah akan membantunya dan memberkati usahanya untuk mendidik anak-anaknya.
Setelah 2 tahun, rupa-rupanya kesan kepada ceramah umi masih melekat pada pendengar yang hadir waktu itu. Umi berharap umi akan berpeluang untuk mebantu lebih ramai para ibu dan juga bapa dalam mendidik anak-anak. Umi juga berdoa agar anak-anak dan menantu(yg juga anak umi) akan dapat menjadikan diri contoh buat orang lain. Sesungguhnya kita mengharapkan agar apa yang kita lakukan itu dapat menjadi 'amal jariah yang bakal membantu kita apabila kita sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Moga Membantu