Saturday, March 9, 2013

Jalan menuju matlamat

Untuk mencapai matlamat ,kita perlu berjiwa besar.

  Orang yang berjiwa besar ialah mereka yang yang tidak jemu memandang ke hadapan dan mempunyai jiwa yang berkobar-kobar. Pandangan mereka ialah pandangan yang yang diisi dengan perancangan dan strategi untuk mencapai apa yang dihajati. Melihat ke belakang seketika untuk memperbaiki kelemahan yang lampau. Muhasabah diri itu penting....

 Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”
 Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.

Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

Jiwa yang berkobar-kobar.
Bagaimana ya? 
Dari buku Mustafa Mashyur - Jalan dakwah
Lantaran al-iman al-amiq bi al-dakwah (iman yang mendalam terhadap dakwah) menjadi dasar yang pertama di dalam mencapai kejayaan. Kita memerlukan jiwa-jiwa yang hidup, yang kuat, yang muda belia, hati-hati yang baharu yang sentiasa berkobar-kobar, rasa cemburu yang sentiasa bemyala-nyala, jiwa-jiwa yang berinisiatif, lincah, segar bugar dan cergas. Kerana Islam menghendaki di dalam hati individu mempunyai sentimen dan perasaan yang mampu membezakan yang benar dan salah. Islam mahu supaya seseorang itu mempunyai kemahuan yang tinggi dan tegas seperti cekap dan tidak mengenal lemah, tidak bertolak ansur membela kebenaran lantas membela dengan segala kekuatan dan ketangkasan. Islam mahu penganutnya mempunyai badan yang sihat sejahtera dan mampu memikul berbagai-bagai tugas dan kewajipan Islam dan sebaik-baiknya, menjadi umat yang baik dan layak membuktikan kemahuan yang baik untuk menolong ke arah kebenaran dan kebaikan.

Di sinilah prinsipnya kerana seluruh kehidupan kita adalah untuk dakwah.Untuk mencapai iman yang mendalam kita perlu ikhlaskan niat kita terlebih dahulu. Kemudian mohonlah kepada Yang Maha Berkuasa. Setelah itu lakukanlah tindakan yang membawa kita dekat kepadaNya.

Demi meraih kejayaan, 
1.kita perlu mempunyai strategi yang tersusun dan berkesan. 
2.Kita perlu mendidik dan mendisplinkan diri kita untuk mempunyai 
i.sikap, 
ii.skil dan 
ii.ilmu yang diperlukan. 
3. Memanfaat dan mengoptimumkan masa kita sepenuhnya 
4. Mujahadah yang tinggi. Untuk ini, carilah biah dan insan-insan yang dapat membantu.Juga, hendaklah sentiasa membayangkan apa yang kita inginkan di hujung jalan. 

Tu dulu. Moga sedikit perkongisian dapat menghidupkan jiwa-jiwa kita dan seterusnya membuahkan amal untuk mencapai redhaNya.


 

membuang sawang

Assalamualikum
Rasanya dah sampai masanya untuk membuang sawang di sini dah mulakan perkongsian semula
SHARING IS CARING and it can be inspirational!!

Thursday, April 21, 2011

Video IKRAMTeens Ipoh

Assalammualaikum

Dikongsikan bersama



Hasil,
Bashir Zulkifli

Wednesday, March 2, 2011

Mother and Daughter

Mum: Duit apa yang ditransfer dalam akaun tu?

Daughter: RM... tu untuk duit bulan ni. RM... tu untuk hadiah birthday. Sikit je dulu
sebab gajinya RM... je.

Mum: Tq2. Menyantuni itu lebih bermakna.

Daughter: Birrul Walidain. Apa yang termampu.

Mum: Alhamdulillah.

Saturday, February 26, 2011

Power Of Mother

Salam All.

Petang ni ada sikit kelapangan untuk membaca buku. Ternampak buku THE GREAT POWER OF MOTHER'. Penulisnya ialah penulis buku motivasi ZERO TO HERO. Bila buka buku, rupanya buku ni dihadiah kepada anim oleh mak cik yati sempena kelahiran Aisyah Sakinah.Mak cik Yatty ni sangat generous dalam memberi hadiah/sedeqah. Tadi, jadi supirah lagi. Tolong bawa umi ke sukan di SRAHSI. Then ke kenduri mh Noraliza. Lepas tu mak yati berlepas ke Teluk Intan untuk menziarahi ayah dan bondanya. Moga mak cik yati terus diberi kemudahan untuk berbakti kepada kedua ibubapanya.

Now back to the book. Nak buat sedikit sharing. Just a small part of the book. Bahagian ini menceritakan rahsia kejayaan Haji Hisyam Said, pengusaha Paparons Pizza di Indonesia. Mempunyai 38 cawangan pada tahun 2005.

1 Kerja keras. Tidak ada keberhasilan tanpa kerja keras.

2 Minta du'a restu dan dukungan dari orang tua.Kepada ibubapa yang masih ada, kita minta didoakan agar usaha kita berhasil.

3 Jangan lepas dari Al Quran. Mengaji dan solat, semuanya harus bergandingan. Ibadah wajib dikerjakan plus sunnah untuk menyempurnakan. Tawakkal intinya, serahkan pada Allah.

4 Jangan lupa bersedeqah. Setiap ada rezeki sedeqah, setiap ada rezeki sedeqah. Inshaallah derjat kita naik terus.

Kata Hisyam Said" Figur saya adalah ibu saya. Kalau ada apa-apa saya minta didoakannya. Saat meminta doanya, harus betul-betul ada ijabnya sampai tangannya naik mendoakan kita."

Itu sedikit dari buku tersebut.

Bagi umi adik beradik, itulah yang selalu kami lakukan. Mohon didoakan dan restu oleh bonda tersayang. Moga bonda Fatimah sentiasa diberkati oleh Allah.

Tu dulu dan semoga bermanafaat untuk semua.

Thursday, February 17, 2011

Tawadhu' Pelengkap Jiwa

Kita biasa dgr org kata "tawadhu' betul si fulan tu" bila melihat seseorg memberi tempat duduk kpd yg lbh memerlukan di dlm LRT. Apa sebenarnya tawadhu' dlm islam ya? Mengikut istilah, tawadhu' bererti memperlihatkan kerendahan diri @ memperlihatkan kerendahan diri terhadap org yg agung. Menurut Hasan al Basri, tawadhu' bererti tika keluar rumah dan melihat org lain terus merasakan org itu lebih drpd dr diri anda. Ia juga memberi makna tunduk dan insaf kpd kebenaran serta menerima kebenaran dr org lain.

Allah s.w.t berfiman:
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yg berjalan di atas bumi dgn rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yg baik" (Al-Furqan:63)

Begitulah Allah mengangkat darjat org yg tawadhu' dgn melabelkn mereka 'Ibadurrahman' ataupun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang, ia merupakan satu penghormatan dr Allah kpd kita, kerna semua kita adalah hamba Allah tapi belum tentu kita 'Ibadurrahman'.

Tawadhu' mempunyai tingkatannya:
1. Tawadhu' terhadap agama. Di dalam Islam, ada beberapa perkara yg Allah jadikan ghaib, yg tak tercapai dek akal, jadi tawadhu' terhadap agama bermaksud tidak menentang Deen ini dgn akal kita yg sgt cetek lagi perlu kpd ilmu Allah.

2. Redha dgn kebenaran yg dipegang org lain seperti kebenaran oleh diri kita sendiri. Kita seharusnya menerima kebenaran yg disampaikan serta dipegang oleh org lain sama seperti kebenaran yg kita pegang. Contoh terbaik adalah kisah Abu Bakar r.a yg membenarkan kisah Rasulullah tentang isra' mikraj.

3. Tunduk kpd kebenaran dan melepaskan diri drpd pemikiran yg cenderung kpd kepentingan diri. kita tidak bolehlah bersikap keakuan di dlm hidup ini, jika seseorg itu memegang dan menyampaikan kebenaran yg menyangkal apa yg kita pegang, maka kita harus tawadhu' dalam menerima kebenaran tersebut.

Begitulah tingkatan-tingkatan tawadhu', tapi apakah beza tawadhu' dgn kehinaan?bukankan dua-dua pun bererti tunduk?Saudaraku sekalian, adalah sgt berbeza tawadhu' dan kehinaan itu, bagaikan langit dan bumi. Tawadhu' lahir dari pengetahuan atau pun ilmu yg dtgnya dr Allah. Pengetahuan kita tentang Pencipta kita yg Agung lagi Maha Besar Pemilik Sekalian Alam. Juga pengetahuan kita tentang diri kita sebagai makhluk ciptaanNya serta hambaNya. Seperti Firman Allah s.w.t:

"Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku" (Adz-Dzariyat:56)

Manakala hina itu sesuatu yg buruk, kerna ia merupakan ketundukan dan kerendahan utk mendapatkan syahwatnya semata-mata. Seperti contoh ia tunduk kepada seseorg kerana ingin mencapai hasrat utk mendapatkan habuan berupa sesuatu yg materialistik serta tidak berfaedah kpd org lain dan hanya menunjukkan sikap keakuannya sahaja.

Tawadhu' itu mempunyai 2 jenis:
1. Tawadhu' seorg hamba kpd Allah. Kita harus menyedari yg kita ini tidak lain hanyalah makhluk ciptaanNya serta hambaNya di dunia ini. Pangkat, harta dan keturunan tiada bezanya di sisi Allah, yg membezakan kita adalah ketaqwaan kita kpd Nya. Firman Allah s.w.t:

“Hai manusia. sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujurat:13)

2. Tawadhu' kpd keagungan Allah dan tunduk kpd KebesaranNya. Setelah kita mengakui kita adalah hambaNya, kita hendaklah menerima keagungan dan kebesaranNya. Sesungguhnya Dialah yg menciptakan segala yg ada di bumi dan di langit serta seluruh akan semesta ini. FirmanNya:

“Dia yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi, niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.” (Surat Al Mulk:3-4)

Antara bentuk-bentuk tawadhu' ialah:
1. Berdiri dari tempat duduk utk memberi duduk pd org yg lbh memerlukan
2. Berdiri di tgh org awam dgn sikap yg lemah lembut dan mesra
3. Menziarahi org yg berkedudukan setaraf serta yg lbh rendah dari kita.
4. Duduk bersama org miskin, anak yatim dan sebagainya.
5. Makan tidak berlebihan
6. Pakai tidak berlebihan

Contoh terbaik kita adalah Rasulullah s.a.w sendiri di dlm kisahnya bersama Saidina Umar Al-Khattab. Suatu hari Umar al khattab r.a ingin bertemu Rasulullah, dipelawa masuk oleh Aisyah r.a. maka apabila Umar memasuki kamar Rasulullah, Rasulullah saw sedang bangun dari berbaring. lantas Umar menangis. Rasulullah bertanya, "Apakah gerangan yang membuatmu menangis wahai Umar?" ia menjawab: "Demi Allah, karena saya tahu bahwa engkau tentu lebih mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada raja Kisra maupun Kaisar. Mereka dapat berpesta di dunia sesuka hatinya. Sedangkan Engkau adalah seorang Utusan Allah Subhanahu wa Ta'ala namun keadaan engkau sungguh sangat memprihatinkan sebagaimana yang aku saksikan sekarang,". Rasulullah bersabda: "Tidakkah engkau ridha wahai Umar, kemegahan dunia ini diberikan bagi mereka, sedangkan pahala akhirat bagi kita!" Umar Radhiallaahu anhu menjawab: "Tentu saja!" "Demikianlah adanya!" jawab Nabi." (HR. Ahmad)

Umar menangis kerana melihat kesan pelepah tamar pada badan Baginda seraya Baginda bgn dr baringnya. Cukup indah dan cantik sekali akhlaq Baginda yg kita cintai,subhanallah,selawat ke atas Baginda serta kaum kerabatnya.

Setelah kita mengetahui maksud tawadhu', keistimewaannya, serta bentuknya, kita hendaklah juga tahu penyakit-penyakit yg boleh menghalang serta merosakkannya:
1. Seseorg merasakan dirinya mempunyai hak terhadap Allah di atas tawadhu' nya
2. Melihat diri sendiri lbh tinggi dr org lain. Firman Allah s.w.t:
"Dan apa sahaja nikmat yg ada pd kamu, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kpdNya lah kamu meminta pertolongan" (An-Nahl:53)
3. Menganggap dirinya telah tawadhu'. FirmanNya:
"(Yaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Rabbmu Maha Luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah Yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa."(An-Najm:32)
4. Perasaan ujub dan bangga dgn diri sendiri.

Berikut adalah perkara-perkara yg merosakkan diri:
1. Bakhil
2. Hawa nafsu yg diikuti
3. Ta'ajub terhadap diri sendiri

Tawadhu' tentulah ada sifat lawannya, tak lain tak bukan sifat takabbur. Takabbur adalah hak Allah sahaja dan para ulama' menganggap sifat takabbur ini termasuk di dlm dosa-dosa besar.

Jenis-jenis takabbur ialah:
1. Takabbur kpd Allah
2. Takabbur kpd Rasul
3. Takabbur kpd hamba-hamba Allah

Tingkatan takabbur pula ialah:
1. Ianya tertanam di dalam hati. Dia menganggap dirinya lebih bagus dan hebat dari org lain serta boleh sampai kpd merasakan dirinya lebih hebat dari Allah.
2. Ianya nampak jelas di dlm segala perbuatan manusia tersebut. Firman Allah s.w.t utk menyangkal:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang mengikutimu, iaitu orang yang beriman."(Asy-Syu'araa:215)

Mereka ini juga bila berilmu mereka akan selalu ingin menandingi para ulama' dlm segala hal. Mereka selalu berdebat dgn org bodoh utk menunjuk-menunjuk serta merendahkan org lain. Mereka sering melakukan sesuatu agar dapat menarik org lain supaya menjadi sekutunya dan menunjukkan pengaruh serta kekuasaannya.

Demikianlah serba sedikit tentang tawadhu' serta keistimewaannya dan sifat takabbur yg boleh merosakkan diri serta akidah kita. semoga kita mengambil pengajaran serta mengamalkan apa yg diperintahkan Allah terhadap kita dan meninggalkan apa yg dilarangNya. Wallahu a'lam.

Thursday, January 20, 2011

Healing



It shed my tears everytime i see this video and feeling the lyrics..

LYRIC:
It's so hard to explain
What I'm feeling
But I guess it's ok
Cause I'll keep believing


There's something deep inside
Something that's calling
It's calling you and I
It's taking us up high to


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It's Nature's order
There is a hidden force
Pulling us closer


It's pulling you and I
It's pulling us up high


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all heart
An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
Seek only to give and you'll receive
So, heal and you will be healed



قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً